Apakah kitaran air?

Ringkasan kitaran air.

Kitaran air tiada titik permulaan, tetapi tempat permulaan yang agak baik ialah lautan. Matahari, yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara. Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap menjadi awan. Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan. Sebahagian kerpasan jatuh sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai kemuncak ais dan glasier. Salji di iklim lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang tercair itu mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji. Hampir semua kerpasan akan jatuh semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di permukaan bumi sebagai air larian permukaan. Tetapi bukan semua daripada air larian ini akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi. Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta lautan sebagai 'luahan'air tanah. Terdapat juga air yang akan dipancut keluar sebagai 'matair'daripada celah-celah permukaan bumi. Air permukaan yang cetek pula diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan. Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar untuk jangka masa yang lama. Tetapi melalui tindakkan masa,air ini akan sentiasa bergerak untuk kembali semula ke dalam lautan,dan di sinilah kitaran air akan "tamat" ...dan juga "bermula".
Bahagian-bahagian bagi kitaran air
U.S Geological Survey ( USGC ) telah mengenal pasti 15 bahagian berbeza bagi kitaran air iaitu:
Air simpanan di dalam lautan : Air garam di dalam lautan dan laut daratan.
Laut bagaikan "stor" bagi air


Kuantiti air dalam lautan akan berubah apabila melalui suatu tempoh masa yang panjang. Semasa tempoh iklim yang lebih sejuk, lebih banyak kemuncak ais dan glasier akan terbentuk yang mengakibatkan pengurangan dalam kuantiti air laut. Keadaan sebaliknya akan berlaku semasa musim panas. Semasa zaman air batu, paras air laut adalah 122 meter ( 400 kaki ) lebih rendah daripada zaman sekarang. Apabila keadaan bumi adalah lebih panas pada 3 juta tahun yang lalu, paras air laut mungkin berada pada 50 meter ( 165 kaki ) lebih tinggi.
Pergerakkan dalam lautan
Arus-arus dalam lautan akan menyebabkan pergerakkan kuantiti air yang besar mengelilingi dunia. Pergerakkan ini akan mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap proses kitaran air dan iklim dunia. "Gulf stream" adalah sangat popular,iaitu pengaliran air sungai yang panas di Lautan Atlantik yang bergerak daripada Teluk Mexico ke Great Britain. Gulf Stream menggerakkan lebih daripada 100 kali jumlah air sungai di dunia ini dengan kelajuan sebanyak 97kilometers ( 60 batu ) dalam satu hari.Sejatan: Perubahan air daripada cecair kepada gas atau wap
Sejatan dan sebab berlakunya sejatan

Bahangan ( tenaga ), daripada matahari diperlukan untuk proses sejatan. Tenaga ini digunakan untuk memutuskan ikatan-ikatan kimia yang memegang molekul-molekul air bersama.Hal ini dapat menjelaskan sebab air dapat menyejat dengan mudah pada titik didih ( 212° F, 100° C ) dan sejatan semakin berkurang apabila mendekati titik beku. Apabila kelembapan relatif bagi udara ialah 100 % (dalam fasa tepu), sejatan tidak akan berlaku.Proses sejatan dapat menghilangkan kepanasan di alam sekeliling kita, maka inilah sebab utama sejatan daripada permukaan kulit dapat menyejukkan badan kita.
Sejatan dan proses kitaran air
Sejatan daripada lautan adalah cara utama penyerapan air laut ke dalam atmosfera. Permukaan laut yang luas ( lebih daripada 70% daripada permukaan bumi dilitupi oleh lautan ) membolehkan sejatan dapat berlaku secara besar-besaran.Secara global,kuantiti air yang hilang secara sejatan akan dikembalikan pada kuantiti yang sama ke permukaan bumi melalui titisan air hujan. Tetapi penerimaan air hujan adalah tidak sekata dan berbeza-beza mengikut kedudukan geografi sesebuah negara. Proses sejatan lebih mudah berlaku daripada hujan di kawasan lautan manakala hujan mudah didapati daripada proses sejatan di kawasan daratan.Sebahagian besar air sejatan daripada laut akan kembali semula ke dalam lautan sebagai titisan air hujan.Hanya 10% daripada air sejatan laut akan dipindah ke daratan melalui proses hujan.Molekul air akan berada di udara selama 10hari selepas melalui proses sejatan.Transpirasi : Pergerakkan wap air dari daun tumbuhan kepada lapisan atmosfera
Transpirasi dan daun tumbuhan

Secara umumnya, proses transpirasi pada tumbuhan tidak dapat dilihat oleh mata kasar sungguhpun air akan menyejat dari permukaan daun, tetapi anda tidak mungkin keluar untuk melihat tumbuhan anda mengalami proses "perpeluhan". Semasa tempoh percambahan, sehelai daun akan mengalami transpirasi dan berat air yang ditranspirasikan adalah jauh lebih banyak daripada beratnya sendiri. Satu ekar tanah yang ditumbuhi oleh jagung akan menyingkirkan sebanyak 11,400-15100 liter (3,000-4000 gelen) air setiap hari dan pokok oak pula akan membebaskan 151,000 liter ( 40,000 gelen )air setahun melalui proses transpirasi.
Keadaan atmosfera yang mempengaruhi proses transpirasi
Kuantiti air yang ditranspirasikan oleh tumbuhan berbeza mengikut kedudukan geografi dan masa. Kadar transpirasi dipengaruhi oleh faktor seperti:- Suhu :Kadar transpirasi meningkat apabila suhu bumi meningkat,terutamanya semasa musim percambahan,iaitu keadaan udara buni yang lebih panas.
- Kelembapan bandingan: Apabila kelembapan bandingan di sekitar tumbuhan meningkat,maka proses transpirasi bagi tumbuhan tersebut akan menurun. Air lebih senang untuk menyejat ke dalam atmosfera pada keadaan udara yang kering jika dibandingkan dengan udara yang lebih lembap.
- Pergerakkan air dan udara : Peningkatan pergerakkan udara di sekitar sesuatu tumbuhan akan mengakibatkan kadar transpirasi manjadi lebih cepat.
- Jenis tumbuhan: Kadar transpirasi adalah berbeza mengikut tumbuhan. Tumbuhan yang didapati di kawasan iklim panas seperti kaktus boleh menyimpan lebih banyak air dengan mengurangkan kadar transpirasinya.
Simpanan air di dalam atmosfera sebagai wap, awan dan lembapan.
Atmosfera kita dipenuhi oleh air

Kondensasi : Pertukaran air daripada bentuk wap kepada cecair

Proses kondensasi di udara
Sungguhpun pada suatu hari yang cerah tanpa litupan awan, udara masih mengandungi air yang berada dalam bentuk wap atau titisan air yang adalah terlalu kecil untuk dilihat oleh mata kasar kita. Molekul-molekul air akan bergabung dengan partikel debu, garam dan asap di udara untuk membentuk titisan awan yang seterusnya akan bergabung dengan titisan-titisan awan yang lain untuk membentuk awan.Titisan air yang bergabung sesama sendiri akan bertambah dari segi saiz dan seterusnya menyebabkan berlakunya kerpasan.Awan terbentuk di atmosfera kerana udara yang mengandungi wap air akan bergerak ke permukaan atas atmosfera dan menyejuk.Matahari akan memanaskan udara di sekitar permukaan bumi dan menyebabkan udara tersebut menjadi lebih ringan dan meningkat ke kawasan yang lebih sejuk.Dengan suhu yang semakin rendah,maka lebih banyak proses kondensasi dapat berlaku yang seterusnya meningkatkan pembentukkan awan di atmosfera.
Kerpasan : Proses pelepasan air daripada awan

Bagaimana titisan air hujan terbentuk?

Kadar kerpasan berbeza dari segi kedudukan geografi dan masa
Penerimaan air hujan adalah tidak sekata bagi dunia ini,sungguhpun bagi sesebuah negara atau bandar. Sebagai contoh,di Atlanta ,Georgia, USA, hujan kilat pada musim panas akan menyebabkan penerimaan air hujan lebih sebanyak satu inci atau lebih.Hal ini pula menyebabkan keadaan menjadi lebih kering di kawasan yang terletak sejauh beberapa kilometer daripadanya. Tetapi kuantiti air hujan yang diterima oleh Georgia dalam satu bulan sering adalah lebih banyak daripada penerimaan air hujan oleh Las Vegas,Nevada dalam satu tahun. Rekod dunia bagi penerimaan purata tahunan bagi air hujan dipegang oleh Mt.Waialeale,Hawaii,iaitu lebih kurang 1,140cm ( 450 inci) dalam satu tahun.Hal ini menunjukkan perbezaan ketara dengan negara Afrika, Chile iaitu negara-negara yang tidak mengalami hujan selama 14 tahun.Peta di bawah menunjukkan purata air hujan tahunan dalam milimeter dan inci bagi seluruh dunia ini. Kawasan hijau cerah boleh dianggap sebagai kawasan "gurun". Kemungkinan besar anda menganggap kawasan Sahara di Afrika ialah kawasan gurun tetapi pernahkan anda juga menganggap Greenland dan Antartika sebagai kawasan gurun juga?

Simpanan air di dalam ais,glasier dan salji:
Kemuncak ais dunia

Pencairan dan pembekuan ais serta glasier
Iklim dunia sentiasa mengalami perubahan tetapi kadarnya tidak begitu cepat sehingga boleh diperhatikan oleh manusia.Dunia kita telah mengalami pelbagai jenis iklim,dari tempoh iklim panas semasa kewujudan dinosour pada 100 juta tahun yang lalu,hingga ke tempoh musim sejuk semasa zaman air batu pada 20,000 tahun yang lalu. Hampir seluruh hemisfera utara telah dipenuhi oleh ais dan glasier semasa zaman air batu yang lalu.
Sedikit sebanyak fakta tentang glasier dan kemuncak ais
- Glasier menutupi 10 hingga 11 % permukaan di bumi ini
- Jika semua glasier melebur pada masa ini, maka paras laut akan meningkat sebanyak 70 meter ( 230 kaki ).Sumber: Pusat Data Nasional Bagi Salji Dan Ais
- Semasa zaman air batu, paras laut adalah 122meter ( 400 kaki )lebih rendah jika dibandingkan pada masa ini dan glasier menutupi lebih kurang satu pertiga daripada kawasan daratan bumi.
- Semasa musim panas yang lalu,iaitu 125,000 tahun yang lepas,laut adalah 5.5 meter ( 18 kaki ) lebih tinggi daripada zaman sekarang. Kemungkinan besar paras laut adalah 50 meter( 165 kaki ) lebih tinggi pada 3 juta tahun yang lalu.
Air larian cairan salji ke dalam sungai:

Cara yang paling baik untuk memahami pengaruh cairan salji ke atas aliran air sungai adalah dengan melihat graf hidro di bawah yang menunjukkan min aliran air sungai harian (purata aliran air sungai untuk setiap hari) bagi tempoh 4 tahun untuk North Fork American River di North Fork Dam,California,USA.Kemuncak-kemuncak tinggi dalam carta ialah akibat daripada pencairan salji.Fakta menunjukkan perbandingan antara min harian aliran sungai pada bulan March 2000 ialah 1,200 kaki kubik sesaat manakala pada bulan Ogos, iaitu selepas pencairan salji secara keseluruhannya,aliran air sungai telah berkurang iaitu mempunyai julat antara 55-75 kaki kubik sesaat.

Air larian permukaan:Air larian kerpasan yang mengalir daripada permukaan tanah ke dalam sungai
Air larian permukaan ialah hasil daripada air larian kerpasan merentasi bumi.
Kebanyakkan orang beranggapan bahawa air hujan akan jatuh ke permukaan bumi dan mengalir merentasi bumi yang seterusnya akan mengalir ke dalam sungai dan akhirnya ke dalam lautan dunia.Sebenarnya perkara ini adalah lebih kompleks,kerana sungai juga akan memperolehi dan menghilangkan air ke dalam tanah dalam bumi kita.Tetapi sejumlah besar air sungai diperolehi secara terus daripada air larian kerpasan yang juga didefinisikan sebagai air larian permukaan.
Seperti semua bahagian dalam suatu kitaran air,interaksi di antara proses kerpasan dan air larian permukaan berbeza mengikut masa dan keadaan geografi. Kejadian hujan kilat yang sama di hutan Amazon dan gurun yang terdapat di selatan timur bagi negara Amerika akan menunjukkan air larian permukaan yang berbeza. Air larian permukaan dipengaruhi oleh faktor-faktor iklim dan cuaca serta keadaan fizikal geologi dan topografi bagi sesebuah tanah. Hanya satu pertiga daripada air hujan yang jatuh ke atas bumi akan mengalir ke dalam sungai yang seterusnya dikembalikan semula ke dalam lautan. Bahagian selebihnya iaitu dua pertiga daripadanya akan mengalami proses sejatan,transpirasi atau akan menyerap semula ke dalam tanah. Air larian permukaan boleh digunakan oleh manusia untuk kegunaan seharian.
Aliran Sungai: Pergerakan Air Dalam Sebatang sungai
U.S Geological Survey ( USGS ) telah menggunakan istilah " aliran sungai " untuk menjelaskan kuantiti air yang mengalir dalam sebatang sungai,anak sungai atauKepentingan sungai

Kawasan tadahan dan sungai
Semasa kita memikirkan tentang sungai,adalah sangat penting untuk kita juga memikirkan tentang kawasan tadahan bagi sungai.Apakah itu kawasan tadahan? Jika anda sedang berdiri di atas bumi,maka lihatlah ke bawah. Bumi yang sedang anda pijak seperti semua orang yang lain ialah suatu kawasan tadahan.Kawasan tadahan ialah kawasan pengumpulan air yang sama apabila berlakunya hujan. Kawasan ini boleh sekecil suatu tapak kaki di atas lumpur sehinggalah saiz sebesar suatu kawasan yang dapat menutupi seluruh tanah yang mengalirkan air ke dalam Sungai Mississippi yang seterusnya akan mengalir ke dalam Teluk Mexico. Kawasan tadahan yang kecil akan dilingkungi oleh kawasan tadahan yang lebih besar.Semuanya bergantung kepada titik aliran keluar iaitu semua tanah permukaan bumi yang mengalirkan air kepada titik tersebut merupakan kawasan tadahan bagi lokasi titik aliran keluar itu. Kawasan tadahan adalah sangat penting kerana aliran sungai dan kualiti air akan dipengaruhi oleh kegiatan manusia di kawasan tersebut.Aliran sungai akan sentiasa mengalami perubahan

Air simpanan: Kewujudan air di permukaan bumi
Satu bahagian dalam kitaran air yang mempunyai signifikasi yang tinggi kepada semua benda hidup di muka bumi ini ialah kewujudan air di permukaan bumi.Tanyalah jiran anda atau pokok tomato, ikan "trout" atau seekor nyamuk. Air permukaan termasuk sungai, kolam, tasik,tasik buatan dan 'Tanah Lembap.'
Pengaliran air keluar dan masuk akan menyebabkan kuantiti air dalam sungai dan tasik sentiasa berubah. Pengaliran masuk adalah disebabkan oleh kerpasan, air larian permukaan,resapan bawah tanah dan pengaliran daripada cabang-cabang sungai kecil. Pengaliran keluar daripada sungai dan tasik pula disebabkan oleh proses sejatan dan resapan ke bawah tanah. Manusia juga menggunakan sumber air permukaan untuk memenuhi keperluan sehariannya. Kuantiti dan lokasi bagi air permukaan bumi akan mengalami perubahan selepas suatu tempoh masa dan ruang tertentu,sama ada secara semula jadi atau sebagai akibat daripada aktiviti manusia.Air permukaan ialah nadi penggerak bagi semua benda hidup

Secara relatifnya, air tawar didapati dalam kuantiti yang sangat sedikit di permukaan bumi. Hanya 3% daripada jumlah air di bumi ini ialah air tawar, dan tasik air tawar serta paya bakau hanya membekal 0.29% daripada air bumi. 20% daripada jumlah air tawar didapati dalam sebuah tasik iaitu tasik Baikal di Asia. Selain itu,20% lagi pula disimpan di dalam Great Lakes ( Huron, Michgan, dan Superior ) yang terdapat di Amerika Syarikat. Sungai hanya menyumbang kepada 0.006% daripada jumlah air tawar di bumi ini. Maka anda dapat lihat bahawa semua benda hidup di bumi ini disokong oleh kuantiti air yang begitu sedikit daripada jumlah bekalan air dunia,dan ini boleh diibaratkan sebagai" satu titik air dalam sebuah baldi."
Infiltrasi: Proses pergerakkan air ke dalam bahagian bawah tanah dan batu dari permukaan atas bumi.
Air bawah tanah bermula daripada kerpasan

Sebahagian besar daripada air yang meresap ke dalam tanah akan berada dalam lapisan tanah yang berdekatan dengan permukaan bumi, dan ia mungkin akan menyerap masuk ke dalam aliran anak sungai melalui celah di tebing sungai. Terdapat juga air yang akan menyerap masuk jauh ke dalam kerak muka bumi dan mengisi akuifer bawah tanah. Jikalau akuifer adalah cetek atau kurang padat dan membolehkan pergerakkan air secara senang melaluinya,maka manusia boleh menggali sebuah perigi untuk kegunaan mereka. Air dapat mengalir melalui suatu jarak yang sangat jauh atau berada sebagai simpanan air bawah tanah untuk suatu tempoh masa yang lama sebelum kembali semula ke permukaan bumi atau sumber-sumber air yang lain seperti sungai dan lautan.
Air di subpermukaan

Resapan air bawah tanah: Pergerakkan air dari bawah tanah

Air bawah tanah mengalir di permukaan bawah tanah

Gambarajah ini menunjukkan arah dan kelajuan bagi pergerakkan air bawah tanah ditentukan oleh beberapa ciri akuifer dan lapisan batasannya ( batu yang padat menjadikan air sukar untuk menyerap masuk ke dalamnya ) di bawah tanah. Pergerakkan air bawah tanah bergantung kepada darjah ketelapan iaitu dan porositi ( iaitu jumlah ruang kosong di dalamnya) batu sub-permukaan. Jika secara relatifnya pengaliran air adalah senang dalam batu, maka air bawah tanah tersebut akan dapat bergerak melalui suatu jarak yang jauh dalam tempoh masa beberapa hari. Tetapi air bawah tanah juga mungkin akan diserap jauh ke dalam akuifer mendalam, dengan ini air akan memerlukan masa beribu-ribu tahun untuk kembali semula ke alam sekitar kita.
Mata air : Tempat air bawah tanah yang dirembes keluar di permukaan bumi
Apakah itu mata air?

Mata air boleh dibentuk dalam pelbagai jenis batu, tetapi ebanyakkannya didapati dalam batu kapur dan dolomite,yang akan merekah secara sangat senang dan boleh dilarutkan oleh air hujan yang seterusnya akan menyebabkan sifat asid padanya. Apabila batu tersebut melarut dan merekah,ruang-ruang akan terbentuk yang membolehkan pengaliran air menerusinya.Jika pengaliran air adalah secara mandatar, maka ia akan mengalir ke permukaan bumi sebagai mata air.
Air daripada mata air bukan selalunya jernih

Mata air panas

Ground-water storage: Water existing for long periods below the Earth's surface
Stored water as part of the water cycle

Untuk mencari air,lihatlah di bawah meja……meja air Untuk mencari air,lihatlah di bawah meja……meja air

Saya berharap agar anda akan menghargai usaha yang saya curahkan selama satu jam ini untuk menggali satu lubang di tepi pantai dalam keadaan matahari terik. Inilah cara yang paling baik untuk mengilustrasikan konsep cara tanah yang boleh mengalami peresapan,dapat menyimpan air adalah telap dengan air. Paras air merupakan bahagian atas bagi kolam air di dalam lubang ini dan paras airnya adalah sama dengan paras laut. Pasang surutnya arus air akan menyebabkan perubahan paras laut setiap minit,dan paras air di dalam lubang ini juga bergerak seperti air laut yang sentiasa pasang dan surut.
Taburan air global
Sila merujuk kepada carta dan jadual data di bawah untuk penjelasan yang lebih terperinci tentang penyimpanan air dunia. Dapatkah anda perhatikan bahawa daripada jumlah bekalan air di dunia ini iaitu sebanyak 1,386 juta kubik kilometer ( 332.5 juta kubik batu ) air,lebih daripada 96% ialah air masin. Dan daripada jumlah air tawar, lebih daripada 68% terperangkap dalam ais dan glasier manakala 30% lagi air tawar terdapat di bawah tanah.Sumber-sumber air di permukaan bumi seperti sungai dan tasik hanya mempunyai kuantiti sebanyak 93,100 kubik kilometer ( 22,300 batu kubik ),iaitu lebih kurang 1/150 daripada satu peratus bagi jumlah air dunia.Tetapi sungai dan tasik adalah sumber air yang penting untuk kehidupan seharian manusia.
Sumber air | Isipadu air dalam kilometer kubik | Isipadu air dalam batu kubik | Peratus bagi air | Peratus bagi jumlah air |
---|---|---|---|---|
Lautan, laut dan teluk | 1,338,000,000 | 321,000,000 | -- | 96.5 |
Kemuncak ais, Glasier dan Salji Tetap | 24,064,000 | 5,773,000 | 68.7 | 1.74 |
Air bawah tanah | 23,400,000 | 5,614,000 | -- | 1.7 |
tawar | 10,530,000 | 2,526,000 | 30.1 | 0.76 |
Air masin | 12,870,000 | 3,088,000 | -- | 0.94 |
Soil Moisture | 16,500 | 3,959 | 0.05 | 0.001 |
Ground Ice & Permafrost | 300,000 | 71,970 | 0.86 | 0.022 |
Lakes | 176,400 | 42,320 | -- | 0.013 |
tawar | 91,000 | 21,830 | 0.26 | 0.007 |
Air masin | 85,400 | 20,490 | -- | 0.006 |
Atmosfera | 12,900 | 3,095 | 0.04 | 0.001 |
Air paya bakau | 11,470 | 2,752 | 0.03 | 0.0008 |
Sungai | 2,120 | 509 | 0.006 | 0.0002 |
Air biologi | 1,120 | 269 | 0.003 | 0.0001 |
Jumlah | 1,386,000,000 | 332,500,000 | - | 100 |
Sumber : Sumber bagi air dalam Ensiklopedia bagi Iklim dan Cuaca ,disunting oleh S.H Schneider, Oxford University Press,New York, vol 2,pp 817-823 |
No comments:
Post a Comment